Sunday, December 30, 2012

It's New Year!

Assalamualaikum...

First of all, I would like to thank  Allah S.W.T for giving me a such wonderful 2012.  Alhamdulillah. :)
Thank you Allah for everything.  I really appreciate it (even sometimes its doesn't look like i really appreciate it. MY BAD. :(  ).
I really need You and I Love You so much and please please please I beg you don't leave me even for one second. I want close to you and be a WONDERFUL MUSLIM ever. In Sya Allah.  I am Nobody without You.

(Sila nyanyi ikut versi Isabella-Search)
Dia Rasulullah (SAW) lambang keunggulan umat.
Ikhlas pengorbanan ....(lupa lirik..heheheh).....
Sahabat gugur bersama
Rindu syahid kemenangan.....

friendly reminder for my self -> AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBATMU.
p/s:  marila kita sama-sama menjadi umat WASATIYYAH.

May Allah Bless. :)

Friday, December 7, 2012

Ampuni Aku



Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah!  Berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka. aminn.
Saya ingat saya kuat tapi rupa-rupanya saya silap besar..Ampunilah aku Ya Allah! Maafkan aku Gaza@Palestina!
Sebelum ni dah tetapkan dah dalam hati tak nak menyokong produk yang menghulur dana kepada peperangan Gaza-Israel contohnya McDonalds, Coca-Cola, Nestle & Starbuks.  Malangnya hati tak kuat mana nak menghakis hawa nafsu memandang McDonald dan apabila teringatkan Prosperity.  Mulut kata NO McDonalds tapi hati kata YES (yang berbelah bagi).
Lokasi: Pekan Rabu (Jalan Skudai, Taman Kobena)
Mama:  Fara da makan?  Nak makan McDonalds?
Fara:  Tak nak lah McDonalds, Israel. Kesian Gaza@Palestina. (terdetik dalam hati sedapnya prosperity)
Lokasi:  Terminal Larkin (Johor Bahru)
Mama:  Nak makan ape ni? Fara nak makan ape?
Fara:  Fara ikut je mama, tapi macam nak makan Properity McDonalds tapi kesian Gaza.
Kesudahanya, kaki dengan ringan nye melangkah masuk ke McDonalds, cari tempat duduk, buat pesanan, cuci tangan, angkat tangan berdoa tapi dalam hati Allah je tahu perasaannye sampai sekarang masih terasa bertapa bersalahnya menyokong salah satu produk yang menyalurkan dana terbesar kepada Israel untuk menzalimi saudara sesama Islam di Gaza@Palestina.
Ampuni aku Ya Allah, aku merayu agar aku diampuni segala dosa sekiranya aku juga adalah antara tangan-tangan yang menzalimi hamba-hambaMu yang Engkau kasihi.
Maafkan aku Gaza, sekiranya aku juga antara orang bertanggungjawab yang membuat kamu hidup menderita dan sengsara. Aku ingin menebus segala tindakan yang tidak berperikemanusiaan aku terhadapa kamu semua. Terbuka pintu langit termakbul doa, In Sya Allah.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa kaum Mukminin dan Mukminat dan Muslimin dan Muslimat.  Ya Allah, Jadikanlah hati mereka bersatu dan perbaikilah hubungan baik di antara mereka dan tolonglah mereka menghadapi musuh-Mu dan juga musuh mereka.  Ya Allah, berikanlah laknat kepada kafir-kafir Ahli Kitab yang mendustakan rasul-rasul-Mu dan membunuh orang-orang yang Engkau kasihi. Ya Allah, pecah-belahkan persatuan mereka dan goncangkan pendirian mereka.  Turunkan kepada mereka malapetaka-Mu yang tidak dihalang bagi orang-orang jahat. 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  ya Allah, kami minta tolong kepada-Mu, minta hidayat kepada-Mu, minta ampun kepada-Mu, beriman kepada-Mu, bertawakal kepada-Mu, kami kembalikan segala pujian dan kebaikan kepada-Mu dan kami tidak ingkar kepada-Mu.  Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Ya Allah, kepada-Mu kami menyembah dan bagi-Mu kami solat dan sujud, kepada-Mu kami menuju dan berlari.  kami mengarap rahmat-Mu dan takut terhadap azab-Mu.  Sesungguhnya seksa-Mu yang amat pedih akan mengenai orang-orang yang kafir.  Ya Allah, turunkanlah seksa-Mu  kepada orang-orang kafir Ahli Kitab yang menghalang-halangi dijalan-Mu. Aminn.

Sunday, December 2, 2012

Hiburan MasaKini


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum....
Alhamdulillah.  Seronok sangat tengok dan mendengar mereka mengalunkan Qasidah ni lagi-lagi bila ada budak-budak kecil pun sertai sama.  Semangat mereka yang saya kagumi.  InsyaAllah lepas ni ada lah majlis-majlis Agama/Ilmu macam ni kat Johor Bahru.Aminn.


Saturday, November 17, 2012

Segalanya Bermula Disini

Assalamualaikum....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah Maha Besar. Sesungguhnya Allah Maha Besar. Dengan kekuasaan dan kebesaran Nya saya jatuh hati dengar chorus lagu ni, Hanya chorus. Keunikan susunan lagu dan suara penyampai nya Maha Suci Allah sangat mendamaikan hati. Bermula dengan chorus yang saya dengar melalui siaran TV Al-Hijrah, saya search dekat laman sesawang youtube dan kemudian nya jatuh hati sekali lagi dengan keseluruhan lagu ini, lirik nya Ya Allah minta dimakbulkan setiap kali dibaca/dilagukan.Amin. Pada mulanya saya fikir lagu ni hanya gubahan dari crew TV Al-Hijrah untuk bulan lepas (al-Adha) tapi Segala Puji bagi Allah sebaliknya pula yang saya terjadi.  Setiap kali tengok siaran langung dari Mekkah, nampak Ka'bah dengan cahaya lampu, hamba-hamba Allah yang terpilih dekat sana (depan ka'bah tengah berdoa) hati ini terasa sayu, sebak Allah saja yang tahu. Perasaan ingin menjadi tetamu Allah membuak-buak, teringin sangt.  Soalan klishe untuk orang pernah jadi tetamu Allah "best tak pergi Mekkah?" dan jawapan yang diterima semua sama "best, rasa nak pergi lagi." "perasaan tu Hanya Allah saja yang tahu, tenang, tak pernah rasa tenang yang macam tu."  Satu hari, saya tanya kawan saya yang pernah pergi Haji (beruntungnya dia, waktu umur 17/18 tahun dah jadi tetamu Allah), dia pergi haji dengan ayah dia, dia cakap waktu ayah dia nampak Ka'bah ayah dia nangis tapi dia tak nangis (muda lagi kot waktu tu).  Sunny, he is my OIC (Officer in Charge) he told me if I want to be Allah Guest what should I do? He told we can't perform Hajj / go to Mekkah just for holiday and even though we have a lots of money and we are not chosen by Allah we still can't go to Allah House. What Should I Do? He said based on our daily routine (zikir, pray & all the way to remember Allah) but my friend advise me to register with Tabung Haji first (to perform Hajj) and save money. I really hope, one fine day my family and I'll be chosen by Allah to perform Hajj / Umrah, because of Allah & Only for Allah.Amin.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Dari Ummi Salamah r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah bersabda: "Wahai keluarga Muhammad, barangsiapa berhaji, maka hendaklah dia membaca talbiyah dengan suara yang nyaring untuk hajinya" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)."Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

May Allah Bless.

Sunday, November 11, 2012

Demi Masa

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang

1.  Demi masa.
2.  Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
3.  Kecuali mereka yang beriman lagi mengerjakan kebajikan dan saling berpesan untuk melakukan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran.

Surah Al Ashr (ayat 1-3)

Sunday, November 4, 2012

Menyentuh jiwa

Surah Taahaa (ayat 82)

Bermaksud:
Sesungguhnya Aku amat pengampun bagi orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan yang baik, kemudian dia mendapat pentunjuk.

Ampunilah hamba Ya Allah, Maha penerima taubat
Ampunilah hamba ya Allah, daripada segala dosa

May Allah bless. Aminn.

Saturday, October 20, 2012

Luahan Hati

Saya Rindu Allah
Saya Rindu nak beribadat kepada Allah
saya Rindu nak berzikir kepada Allah
Saya Rindu nak dengar kalimah-kalimah Allah
Saya Rindu nak baca Love Letters daripada Allah
Saya Rindu dengan perasaan untuk belajar, mendalami dan melatih diri kearah memeluk Islam secara Addin
Saya Rindu dengan perasaan untuk menjadi muslimah yang baik dalam erti kata yang sebenar
Saya Rindu nak menonton rancangan-rancangan ilmu agama/ilmiah
Saya Rindu semua perkara yang boleh mendekatkan saya dengan Allah
Saya Rindu nak berdoa
Rindu seRindu Rindu nya

MySelf,
Farhana Amira Norazaman (Fara)

Sunday, October 14, 2012

Macam Mana Nak Jadi Baik? Part 2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Minn:  "Macam man nak jadi baik?" 
Minn:  "Macam mana kita nak define 'baik'."  "Dan rasanya kita semua akan tanya soalan tu pada diri sendiri at some point dalam hidup."
Min:  "Betul."  "Saya pun tak pandai la sangat nak cakap. Tapi saya boleh la share benda yang ada brother ni pernah bentang masa satu forum ni dulu.  Brother Hairi.  Dalam keadaan kita yang bertanya soalan ni, kita kene define dulu 'baik' itu apa. Sebab kalau tak kenal maka tak cinta.  Kalau tak cinta maka tak dapat menjiwai."
Minn:  " So apa dia punya definition of "baik"?"
Min:  "Definition dia mudah je."  "Sesiapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'."
Minn:  "Maksud"?
Min:  "Beriman dengan Allah tu macam mana? Beriman dengan Allah tu apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Dia larang, tu baru namanya 'baik'.This is what bro Hairi said."
Minn:  "Amar Makruf Nahi Mungkar."
Min:  "Betul."  "Kiranya kat situ dia emphasize yang untuk jadi baik ni mmg kene secara holistik la gitu. Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tu la definisi 'baik' tu tak tercapai lagi."
Minn:  "Tapi tu la, definisi 'baik' di Malaysia, Lain."
Min:  "Sebab definisi tu dibentuk oleh masyarakat keliling."  
Minn:  "Biasanya kita kat Malaysia akan label baik tu apabila...say... a girl pakai tudung lepas ke bawah, then pakai long sleeves, dan pakai stoking siap.  That's 'baik' for Malaysian standard.  Kira cukup baik la tu.  Alim kata orang kita.  Quote, unquote." 
Min:  "Tapi kene tengok balik.  Pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga atau tak? kalau bab aurat dah settle tapi pergi karaoke lounge, pergi cinema, pergi concert, adakah masih boleh bawak lesen 'baik' tu jugak lagi?"
Minn:  "Sebab benda tu semua orang buat, dah jadi norm, benda tu dah kira tak salah ey?"
Min:  "Kadang-kadang kita terikut sangat dengan hukum manusia sampai lupa hukum Allah." Nama pun kita ni 'insan'.  Daripada perkataan Arab dia 'na si'.  Maksudnya pelupa.  Memanga la kita ni manusia yang pelupa."
Minn:  "Sebab tu kene ada AWAK (YES! YOU, who are reading this) untuk ingatkan SAYA (YES! ME!)
Min:  "Dan sebab tu awak kene ingatkan saya juga.  Tafsir ayat mana tu?"
Minn:  "Al-Ashr eh?"
Min:  "Betul la tu.  Sesungguhnya manusia dalam kerugian...."
Minn:  "...kecuali mereka yang berpesan-pesan."
Minn:  Kalau macam tu...islah diri tu..kiranya..memang bukan mudah?"
Min:  "Bukan mudah."  "Kene mujahadah dan istiqamah."

May Allah Bless.

Source: 
Versus by Hlovate. - "Bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan...-Highly recommended..
 
 

Saturday, October 13, 2012

Atas Nama CINTA

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan diriMU dalam hidupku
Mengapa terlambat cintaMU untuk ku miliki
Sedang diriMU begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk Engkau

Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal Engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

*Rossa-Atas Nama Cinta (Modified Lyric)

Wednesday, October 10, 2012

Macam Mana Nak Jadi Baik? Part 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Minn:  "Macam man nak jadi baik?"
Min:  "Um... Pengislahan diri?"
Minn:  "Pengislahan diri tu apa?"
Min:  "Islah tu maksud dia secara kasarnya 'baiki'.  So apabila pengislahan tu akan jadi 'pembaikan' la."
Minn:  "Macam mana kita nak define 'baik'."  "Dan rasanya kita semua akan tanya soalan tu pada diri sendiri at some point dalam hidup."
Min:  "Betul.  "Saya pun tak pandai la sangat nak cakap. Tapi saya boleh la share benda yang ada brother ni pernah bentang masa satu forum ni dulu.  Brother Hairi.  Dalam keadaan kita yang bertanya soalan ni, kita kene define dulu 'baik' itu apa. Sebab kalau tak kenal maka tak cinta.  Kalau tak cinta maka tak dapat menjiwai."
Minn:  " So apa dia punya definition of "baik"?"
Min:  "Definition dia mudah je."  "Sesiapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'."
Minn:  "Maksud"?
Min:  "Beriman dengan Allah tu macam mana? Beriman dengan Allah tu apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Dia larang, tu baru namanya 'baik'.This is what bro Hairi said."
Minn:  "Amar Makruf Nahi Mungkar."
Min:  "Betul."  "Kiranya kat situ dia emphasize yang untuk jadi baik ni mmg kene secara holistik la gitu. Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tu la definisi 'baik' tu tak tercapai lagi."
Minn:  "Contoh?"
Min:  "Surah al-Baqarah 208."
Minn:  "Masuklah ke dalam Islam secara seluruhnya."
Min:  "Kalau untuk Muslimah macam kita ni, nak contoh mudah kalau kita ambil isu aurat." Selalu je kan orang argue pasal pakai tudung ni.  Ada orang kata biar la tak pakai tudung pun, janji solat cukup lima waktu sehari semalam.  Pasal ada je orang yang pakai tudung tapi buat benda bukan-bukan, buat maksiat.  Kira kat sini kebanyakan orang kita selalu salah faham."
Minn:  "Sebab anggap Islam tu sekadar cukup je bersimbolkan dengan solat?"
Min:  "That."  "Betul, solat tu tiang agama.  Tapi Islam tu bukan hanya tertegak dengan solat je.  Apabila Allah dah sebut dalam ayat 'masuklah ke dalam Islam secara 'keseluruhan' tu, maknanya memang kene settle daripada segala benda la.  Pasal solat, aurat, mualamat dan segala benda yang ada kat dunia ni la senang nak cerita."
Minn:  "Addin."
Min:  "Tau tak pe."  Addin tu way of life.  Cara hidup.  Maka..."
Minn:  "Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi..."
Min:  "Dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang bebayang, pun tak kira cukup baik lagi.  Kene fikir balik.  Dengan sekadar cukup tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher, nampak anak rambut.  Tak jadi la tu.  Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik  lagi la tu."
Minn:  "Hmm...Hukum Tuhan.  Siapa kita nk membangkang. Takkan nak menangkan vogue fashion terkini lawan dengan hujah hukum kut".
Min:  "True."  It's not about buat baik dulu or pakaki tudung dulu.  It's about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is 'baik'."

May Allah Bless..


Source:  Versus by Hlovate. - "Bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan...-

Sunday, August 12, 2012

Trinologi Cinta by Imam Muda Nazrul Izwan

Assalamualaikum.....

Trinologi Cinta
1.  Bermula dengan MATA,
2.  Kemudian adanya SENYUMAN,
3.  Bila dah senyum ada INTERAKSI/PERKENALAN,
     Contoh:  Assalamualaikum, Hai Siapa Nama, Duduk kat mana, Dengan Siapa, Ada nombor tak?
4.  Dah berkenal-kenalan, dah berinteraksi mengatur TEMUJANJI,
5.  Janji mesti ditunaikan, perlu hadir PERTEMUAN/DATING,
6.  Akhir sekali, HAMIL.
NAUZUBILLAHMINZALIK.

*Liga Ilmu Episode 8:  Seks Bebas (Astro Oasis)

Renung-renungkan dan Selamat Beramal.

May Allah Bless....:)

Saturday, August 11, 2012

Jasmin's Domino Effect

Assalamualaikum.....

Jasmin's Domino Effect

1. Solat & Ibadat
2. Hidup Bersyariat
3. Aurat
4. Ikhtilat
    -roughly translated as pergaulan antara different gender.

Domino Effect tu apabila ada permulaan yang akan trigger a series of chain reaction la gitu.
Maka.....apabila kita dah settle dari sudut Solat dan Ibadat, kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup bersyariat.  Sepatutnya kalau kita dah  settle dari aurat, secara tak langsung je kita sepatutnya akan settle juga dari sudut ikhtilat.

Surah Hud ayat 114:  Janji Allah bahawa solat tu untuk cegah kemungkaran. 

-Jasmin@Versus/Hlovate-

May Allah Bless...:)

Sunday, August 5, 2012

Good Talk

May Allah Bless...:)

Husnul Khatimah

Doa Husnul Khatimah (baik akhirnya)
ertinya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpaiMu.
Aminnn.

May Allah Bless..:)

Sunday, July 15, 2012

World is a Transient Shade

"Dunia ni suatu persinggahan.  Persinggahan yang sangat sekejap.

Petikan salah satu hadis daripada buku The life of this World is a Transient Shade yang diriwayatkan oleh Ahmad, at-Tirmidhi ibn Majah dan al-Haakim yang berbunyi:
Hidup atas bumi ni seolah-olah sama macam orang mengembara yang rehat sekejap buat pit-stop bawah bayang pokok, dan lepas tu sambung perjalanan.

Dari buku yang sama, pesanan Nabi Muhammad (Sallallahu Alaihe Wa- sallam) yang menyuruh agar bersedia untuk mati dan banyak-banyak buat bekal untuk akhirat. Hiduplah kat dunia ni sebagai orang dagang, bukan pemastautin tetap yang seolah-olah takkan balik jumpa Tuhan. -diriwyatkan oleh Bukhari.

Yahya ibn mu'adh (radiyallahu anhu), salah satu dia punya quote dia kata; 'aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa.  untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab.  dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting daripada tinggalkan dunia.'

Orang yang beriman mengatur selurh hidupnya sesuai dengan al-Quran dan berjuang untuk melaksanakan dengan hati-hati setiap hari apa yang telah dia baca dan pelajari daripada ayat-ayat al-Quran. Dalam segala perbuatannya sejak bangun di pagi hari sampai tidur di malam hari, dia berniat untuk  berfikir, berbicara, dan bertindak berdasasrkan ajaran al-Quran. Allah menunjukan dalam al-Quran bahawa pengabdian seperti ini menjadi ciri utama seleruh kehidupan oran yang beriman.  Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Alam. ~(al- An'aam: 162);  Yahya Harun (2003).  Diterjemahkan oleh Rina S. Marzuki. 24hours in the life of a muslim (Dua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim).

ya Allah,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.  ~(al-Fatihah:  6)
 Aminn.

~Contengan Jalanan;Bab26(I-Fend) oleh Hlovate.~

Thursday, June 21, 2012

Baik, Musuh, Iman & Perfection

Definisi "BAIK" yg cukup baik bagi saya dan tertarik untuk dilontarkan buat renungan bersama.
"Bagi aku siapa yg beriman dengan Allah itu 'baik'.
Selagi ada benda yang tak settle, tu namenya belum cukup baik lagi la tu.
Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi.  Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.
Belum cukup baik lagi bagi seorang lelaki kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut atau cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan muhrim sesuka hati.
Ayat 208 dalam surah al-Baqarah, maksudnya  kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata:
"Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata." Maknanya tak boleh la nak practise Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk.  Mana yang kita nak buat, kita buat, mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je.  Tak jadi la macam tu.  Selagi tak embrace Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya.
It's about masuk ke dalam Islam sepenuhnya then THAT is baik.
Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil." -Hairi/Versus/Hlovate-

"Mula-mula akan susah untuk adjust.  But it doesn't kill to try". -Minn/Versus/Hlovate-

"Never say die before you try.  There's always room for improvement before you reach perfection.  You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet all the way to perfection you'll learn to get better.  Perfection is impossible, tapi the effort to be a better Muslimah tu yang matters." -Ol-Joe/Sun/Minn/Versus/Hlovate-

"Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan." -Tafsir ayat Al-Ashr/Versus pg.286/Hlovate-

Sama-samalah kita berusaha & berdoa kearah ke"baik"an. InsyaAllah, dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.Aminnn


 


Tuesday, June 19, 2012

Open Your Eyes

**such a great lyric
**Can be a part of our pray:
Allah protect us in the best way
Allah guide us every single day
Allah keep us close to You
Until the end of time....
Allah You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You
Allhamdulillah


Thursday, June 14, 2012

Versus

Bukan mudah untuk berubah...dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan - Hlovate


Ya Allah

Album :
Munsyid : 786
http://liriknasyid.com


ya Allah, please forgive me for the wrong i've done
ya Allah, give me another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along the straight path
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you

brother, brother, (let me tell you) you ain't acting cool
lower your gaze, don't go astray, cuz you're looking like a fool
we all know (human nature) makes us ignorant sometimes
making us do some things we know just ain't right

what's the moral of the story fellaz?

you better watch your back
stay on the right track
don't try to act all wack
cuz it will all come back to you

and all you can say is

ya Allah, please forgive me for the wrong i've done
ya Allah, give me another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along the straight path
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you

sister, don't your dare cry
cuz girl you know we all fall short sometimes
dust yourself off, stand tall, don't let it get you down
open your eyes to Allah, you'll see the beauty of
all the things that are going your way
hold your head up high, it'll be okay

Allah is merciful, the most forgiving
pray five times a day, and never stop giving
you gotta keep on Qur'an, keep Iman strong
and one day, insh'Allah, you'll be among the stars

for now you better pray girl

ya Allah, please forgive me for the wrong i've done
ya Allah, give me another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along the straight path
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you

what's happening brother, i've got a message for you
there's a little something that i need you to do
see, you've been causing problems since you came my way
and i'm not trying to have that, ain't the way i play
i don't need no influence like you in my world
i'm just trying to live my life - simple and pure
you've been avoiding the Iman, don't even make salat
it's time to beg for some forgiveness from ya Allah

everybody sing it now

ya Allah, please forgive me for the wrong i've done
ya Allah, give me another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along the straight path
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you

May Allah Bless...:)

Penenang Hati & Fikiran..

May Allah Bless..:)