Sunday, July 15, 2012

World is a Transient Shade

"Dunia ni suatu persinggahan.  Persinggahan yang sangat sekejap.

Petikan salah satu hadis daripada buku The life of this World is a Transient Shade yang diriwayatkan oleh Ahmad, at-Tirmidhi ibn Majah dan al-Haakim yang berbunyi:
Hidup atas bumi ni seolah-olah sama macam orang mengembara yang rehat sekejap buat pit-stop bawah bayang pokok, dan lepas tu sambung perjalanan.

Dari buku yang sama, pesanan Nabi Muhammad (Sallallahu Alaihe Wa- sallam) yang menyuruh agar bersedia untuk mati dan banyak-banyak buat bekal untuk akhirat. Hiduplah kat dunia ni sebagai orang dagang, bukan pemastautin tetap yang seolah-olah takkan balik jumpa Tuhan. -diriwyatkan oleh Bukhari.

Yahya ibn mu'adh (radiyallahu anhu), salah satu dia punya quote dia kata; 'aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa.  untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab.  dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting daripada tinggalkan dunia.'

Orang yang beriman mengatur selurh hidupnya sesuai dengan al-Quran dan berjuang untuk melaksanakan dengan hati-hati setiap hari apa yang telah dia baca dan pelajari daripada ayat-ayat al-Quran. Dalam segala perbuatannya sejak bangun di pagi hari sampai tidur di malam hari, dia berniat untuk  berfikir, berbicara, dan bertindak berdasasrkan ajaran al-Quran. Allah menunjukan dalam al-Quran bahawa pengabdian seperti ini menjadi ciri utama seleruh kehidupan oran yang beriman.  Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Alam. ~(al- An'aam: 162);  Yahya Harun (2003).  Diterjemahkan oleh Rina S. Marzuki. 24hours in the life of a muslim (Dua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim).

ya Allah,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.  ~(al-Fatihah:  6)
 Aminn.

~Contengan Jalanan;Bab26(I-Fend) oleh Hlovate.~