Sunday, December 30, 2012

It's New Year!

Assalamualaikum...

First of all, I would like to thank  Allah S.W.T for giving me a such wonderful 2012.  Alhamdulillah. :)
Thank you Allah for everything.  I really appreciate it (even sometimes its doesn't look like i really appreciate it. MY BAD. :(  ).
I really need You and I Love You so much and please please please I beg you don't leave me even for one second. I want close to you and be a WONDERFUL MUSLIM ever. In Sya Allah.  I am Nobody without You.

(Sila nyanyi ikut versi Isabella-Search)
Dia Rasulullah (SAW) lambang keunggulan umat.
Ikhlas pengorbanan ....(lupa lirik..heheheh).....
Sahabat gugur bersama
Rindu syahid kemenangan.....

friendly reminder for my self -> AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBATMU.
p/s:  marila kita sama-sama menjadi umat WASATIYYAH.

May Allah Bless. :)

Friday, December 7, 2012

Ampuni Aku



Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah!  Berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka. aminn.
Saya ingat saya kuat tapi rupa-rupanya saya silap besar..Ampunilah aku Ya Allah! Maafkan aku Gaza@Palestina!
Sebelum ni dah tetapkan dah dalam hati tak nak menyokong produk yang menghulur dana kepada peperangan Gaza-Israel contohnya McDonalds, Coca-Cola, Nestle & Starbuks.  Malangnya hati tak kuat mana nak menghakis hawa nafsu memandang McDonald dan apabila teringatkan Prosperity.  Mulut kata NO McDonalds tapi hati kata YES (yang berbelah bagi).
Lokasi: Pekan Rabu (Jalan Skudai, Taman Kobena)
Mama:  Fara da makan?  Nak makan McDonalds?
Fara:  Tak nak lah McDonalds, Israel. Kesian Gaza@Palestina. (terdetik dalam hati sedapnya prosperity)
Lokasi:  Terminal Larkin (Johor Bahru)
Mama:  Nak makan ape ni? Fara nak makan ape?
Fara:  Fara ikut je mama, tapi macam nak makan Properity McDonalds tapi kesian Gaza.
Kesudahanya, kaki dengan ringan nye melangkah masuk ke McDonalds, cari tempat duduk, buat pesanan, cuci tangan, angkat tangan berdoa tapi dalam hati Allah je tahu perasaannye sampai sekarang masih terasa bertapa bersalahnya menyokong salah satu produk yang menyalurkan dana terbesar kepada Israel untuk menzalimi saudara sesama Islam di Gaza@Palestina.
Ampuni aku Ya Allah, aku merayu agar aku diampuni segala dosa sekiranya aku juga adalah antara tangan-tangan yang menzalimi hamba-hambaMu yang Engkau kasihi.
Maafkan aku Gaza, sekiranya aku juga antara orang bertanggungjawab yang membuat kamu hidup menderita dan sengsara. Aku ingin menebus segala tindakan yang tidak berperikemanusiaan aku terhadapa kamu semua. Terbuka pintu langit termakbul doa, In Sya Allah.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa kaum Mukminin dan Mukminat dan Muslimin dan Muslimat.  Ya Allah, Jadikanlah hati mereka bersatu dan perbaikilah hubungan baik di antara mereka dan tolonglah mereka menghadapi musuh-Mu dan juga musuh mereka.  Ya Allah, berikanlah laknat kepada kafir-kafir Ahli Kitab yang mendustakan rasul-rasul-Mu dan membunuh orang-orang yang Engkau kasihi. Ya Allah, pecah-belahkan persatuan mereka dan goncangkan pendirian mereka.  Turunkan kepada mereka malapetaka-Mu yang tidak dihalang bagi orang-orang jahat. 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  ya Allah, kami minta tolong kepada-Mu, minta hidayat kepada-Mu, minta ampun kepada-Mu, beriman kepada-Mu, bertawakal kepada-Mu, kami kembalikan segala pujian dan kebaikan kepada-Mu dan kami tidak ingkar kepada-Mu.  Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Ya Allah, kepada-Mu kami menyembah dan bagi-Mu kami solat dan sujud, kepada-Mu kami menuju dan berlari.  kami mengarap rahmat-Mu dan takut terhadap azab-Mu.  Sesungguhnya seksa-Mu yang amat pedih akan mengenai orang-orang yang kafir.  Ya Allah, turunkanlah seksa-Mu  kepada orang-orang kafir Ahli Kitab yang menghalang-halangi dijalan-Mu. Aminn.

Sunday, December 2, 2012

Hiburan MasaKini


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum....
Alhamdulillah.  Seronok sangat tengok dan mendengar mereka mengalunkan Qasidah ni lagi-lagi bila ada budak-budak kecil pun sertai sama.  Semangat mereka yang saya kagumi.  InsyaAllah lepas ni ada lah majlis-majlis Agama/Ilmu macam ni kat Johor Bahru.Aminn.